Laman Utama

Friday, November 16, 2012

|| Al-Quran Sebagai Pengubat Jiwa ||


Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah-kerenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)


Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” 
(Surah Ali Imran 3:185)




Bagi mereka kehidupan adalah sempit. Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat. Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)


Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.



No comments:

Post a Comment