Laman Utama

Wednesday, December 26, 2012

|| Indahnya Cinta Halal ||




Indah kan kita bercinta?

Indah kan bila kita saling merindu?

Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?

Indah kan bila kita saling meluangkan masa?


Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,

Cinta tu indah.

Dan lagi indahnya cinta itu,

Bila 'i love you'

Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

|| Renungan........ ||

  


"Melihat couple berjalan berpimpin tangan ibarat TEH dan GULA, bukan kerana sweet. tapi seperti kedua²nya minta untuk di jirus dengan air panas..."

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka jgnlah sesekali berduaan yang tidak disertai mahram.  
(HR Ahmad)

Sedarlah syaitan adalah penjajah yang tidah pernah putus asa. Dalam satu peristiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata: "Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan...

Monday, December 24, 2012

٠•●❤ La Tahzan Innallaha ma'ana ٠•●❤




٠•●❤ La Tahzan Innallaha ma'ana ٠•●❤

B
agi sesiapa yang bersedih hati,

Bersabarlah wahai sahabat....
ini semua ujian dari Allah,
mungkin disebalik kepedihan dan kesakitan ini,
ada Rahmat yang terselindung..
siapa tahukan??
...
 ini semua tanda Allah menyayangi kita...
Allah nak bagi bonus....
''Bonus ASA. Amanah saham akhirat''...

Orang yg ditimpa ujian itu tanda mendapat perhatian daripada Allah,
semakin kita redha dgn pemberianNya,
semakin banyaklah pelaburan kita di sana nanti...

La Tahzan Innallaha ma'ana٠...
:)

______________________________________

Dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.
mcm kita sekarang juga,
kita nakkan sesuatu kita kenalah usaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan...
Jadi kalau kita nakkan kasih sayang dan perhatian Allah S.W.T.
kenalah kita redha...
InsyaAllah mesti ada rahmat dan nikmat disebalik itu semua...
bersabarlah, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH..
InsyaAllah...
Ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

_______________________________________

Allah SWT berfirman:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

(Surah Al-Baqarah: Ayat 214)

Friday, November 16, 2012

|| Cara Mengubati Malas Dalam Islam ||


Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude negatif yang wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin.

 Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik dan paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.



Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas?Ini adalah beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa


Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa. Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]


Antara doa Nabi juga :

“Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.


Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.


Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu


Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

“Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.



Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Ketiga : Carilah ilmu


Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.


Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.


Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.

|| Al-Quran Sebagai Pengubat Jiwa ||


Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah-kerenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)


Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” 
(Surah Ali Imran 3:185)




Bagi mereka kehidupan adalah sempit. Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya menjadi sesat. Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)


Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.